Dia Wanita
Dia wanita yang tabah
Dia wanita yang hebat
Sukar sekali aku melihat dia menitiskan airmata
Bukan kerana keras hatinya
Tapi kerana teguh jiwanya
Dia wanita yang tabah
Dia wanita yang hebat
Sukar sekali aku melihat dia menitiskan airmata
Bukan kerana keras hatinya
Tapi kerana teguh jiwanya
Hangat pelukannya amat ku rindui
Saat dia membuai lenaku
Selalu bekerja tanpa mengenal erti lelah
Agar orang disisinya tersenyum gembira
Biarlah dia yang menangung duka
Dia wanita yang ku cintai
Dia wanita yang ku kagumi
Biar sesukar mana rintangan mendatang
Tetap kau harungi tanpa putus asa
Dia wanita yang kucintai
Aku doakan moga Syurga buatmu
13 Januari 2014 Selasa
22 Rabiulawal 2015
No comments:
Post a Comment